30 Tanda- Tanda Hati Yang Kotor



Penentu baik dan buruknya amalan seseorang amat bergantung kepada hati. Maka hati adalah bagaikan generator bagi seluruh anggota badan. Kedudukan hati di antara anggota badan bagaikan raja di tengah kerajaan. Semua gerak-gerik anggota badan akan bergantung kepada hati, Oleh sebab itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menggambarkan kepada kita tentang hal tersebut dalam sabdanya:

«أَلا وَإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ» رواه البخاري ومسلم.

“Ketahuilah! Sesungguhnya dalam tubuh ini ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh. Dan apabila ia rusak. Maka rusaklah seluruh tubuh. Ketahuilah! ia adalah hati”.

Bagaimana jika hati kita kotor? tentunya akan tercermin dari perilaku dan pebuatan kita sehari- hari, berikut beberapa tanda jika hati menjadi kotor :

1. _Gelisah walaupun tiada masalah.

2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. _Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.

4. _Tidak amanah dan mungkir janji.

5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.

6. _Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. _Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. _Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. _Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. _Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang

11. _Menyampaikan ilmu dengan riak.

12. _Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. _Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.

14. _Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

15. _Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. _Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada

17. _Solat yang tidak khusyuk.

18. _Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. _Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.

20. _Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. _Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. _Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. _Suka bergosip dan menabur fitnah.

24. _Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. _Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. _Pendendam.

27. _Penting diri dalam semua hal.

28. _Berpura-pura dan suka membodek.

29. _Tamak ,loba serta bakhil serta sangat perhitungan dengan orang lain.

30. _Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.


Kesemua sifat diatas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari kita bersihkan hati dengan bermuhasabah diri semata kepada Alah swt, hendaklah lebih mendekatkan diri kepada Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.

Semoga bermanfaat,,


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "30 Tanda- Tanda Hati Yang Kotor"

Post a Comment